Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..

Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..

Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..Selepas 17 hari hilang gara-gara dilarikan oleh tiga lelaki bersenjata dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, akhirnya berjaya diselamatkan malam tadi.

Menurut Free Malaysia Today, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa ditemui di sebuah lokasi di Thailand hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa negara itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..

Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenalpasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu juga, tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1861 dan pihak polis juga turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..

Keluarga bagai tak percaya Azi selamat

Menurut Kosmo, keluarga Rosnazirah atau lebih mesra dikenali sebagai Azi, berasa terkejut dan masih tak percaya wanita itu berjaya ditemui dengan selamat.

Kakak Azi yang enggan dikenali berkata, setakat ini keluarganya yang lain tidak percaya Azi selamat selagi tak bertemu mata dengan adiknya meskipun pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan.

Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..

Dia juga memberitahu menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam lagi.

Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?

“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam ini. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Buat masa ini keluarga mangsa juga tidak menerima sebarang maklumat dari pihak polis mengenai keadaan adiknya meskipun ada yang mengatakan mangsa sudah berada di Malaysia.

Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,” katanya lagi.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga mangsa dalam keadaan baik-baik saja dan selamat bertemu dengan ahli keluarganya. Syabas kepada pihak berkuasa kerana berjaya menyelamatkan mangsa.

Baca Lagi:
Akhirnya Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, polis beritahu bagaimana dia ditemui
Artis terkenal kena tangkap khalwat lagi dirumah sendiri
KSU KDN, KP Imigresen sibuk main Golf, 10 ribu warga Bangladesh sampai di KLIA tak terurus
CATEGORIES