Keluarga Altantuya Shaariibuu menang saman RM5 juta

Keluarga Altantuya Shaariibuu menang saman RM5 juta

Keluarga Altantuya Shaariibuu menang saman RM5 juta. Keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menang dalam saman kematian wanita itu apabila Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan empat defendan termasuk kerajaan Malaysia membayar RM5juta sebagai ganti am dan teladan.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian selepas mendapati pihak plantif iaitu tiga ahli keluarga Mongolia berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.

Katanya, jumlah ganti rugi RM5juta disifatkan adil dan memadai berbanding RM100 juta yang difailkan tersebut yang disifatkan adalah berlebihan dan tidak boleh ditakfrifkan berdasarkan prinsip sahaja.

Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.

Keluarga Altantuya Shaariibuu menang saman RM5 juta

“Berdasarkan fakta dan undang-undang, kerajaan selaku defendan keempat merupakan majikan kepada defendan pertama dan kedua, bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang mencabuli undang-undang.
“Mereka telah menjalankan tugas sebagai pegawai polis, telah menggunakan sumber yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan penghakiman dibuat atas liabiliti terhadap keempat-empat defendan,” jelasnya menerusi prosiding yang dijalankan secara aplikasi Zoom.

Media sebelum ini melaporkan bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Keluarga itu mendakwa, kematian model berkenaan pada 2006 menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.

Baca Lagi:
Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES