Kelibat hantu menembusi pintu hospital rupanya dari pesakit yang baru meninggal dunia

Kelibat hantu menembusi pintu hospital rupanya dari pesakit yang baru meninggal dunia

Kelibat hantu menembusi pintu hospital rupanya dari pesakit yang baru meninggal dunia. Kakitangan sebuah hospital di Argentina terkejut dan mendakwa melihat seorang pesakit berjalan melalui pintu hadapan bangunan selepas dia disahkan meninggal dunia sehari sebelumnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.36 pagi (waktu tempatan) pada 11 November lalu. Ia menakutkan kakitangan di Hospital Finochietto Sanatorium di Buenos Aires, Argentina.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), seorang pengawal keselamatan dilihat mengalu-alukan seorang pesakit wanita tua dan membawanya ke pejabat doktor untuk janji temu.

Kelibat hantu menembusi pintu hospital rupanya dari pesakit yang baru meninggal dunia

Pengawal keselamatan bukan sahaja membenarkan wanita tua itu masuk, malah dia dilihat berbual dengannya dan menawarkan kerusi roda. Wanita itu bagaimanapun dikatakan menolak dan masuk ke pejabat doktor dengan berjalan.

Beberapa jam selepas menyapa pesakit itu, penyambut tetamu bangun untuk memeriksa ke mana wanita itu pergi. Doktor bagaimanapun berkata, pesakit dengan butiran peribadi itu telah meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Imej kejadian yang dikongsikan di media sosial membuatkan ramai pengguna turut ketakutan. Beberapa komen mencadangkan ia adalah hantu pesakit itu yang telah meninggal dunia.

Kejadian itu masih dalam siasatan pihak hospital.

@fzlyusofkes2 macam ni byak berlaku kat semua hospital…♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca Lagi:
27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya
Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan polis
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cabar Muhyiddin dedah senarai 115 MP yang menyokong
CATEGORIES