Kelayakan Piala Asia 2023: Harimau Malaya baham Turkmenistan 3-1

2988bad9 f5a6 4583 a741 b5b984bdff31 600x400 1

Kelayakan Piala Asia 2023: Harimau Malaya baham Turkmenistan 3-1

Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Beraksi menentang lawan yang kini berada di kedudukan ke-134 berbanding Malaysia di kedudukan ke-154 dunia nyata tidak menggetarkan semangat Harimau Malaya.

Meletakkan sasaran tiga mata, Malaysia bermula garang menerusi percubaan Safawi Rasid pada minit ketiga namun sedikit tersasar dari gawang gol.

Gol awal yang dicari Malaysia terhasil pada minit ke-10 hasil rembatan Safawi untuk menewaskan penjaga gawang Turkenistan, Mammet Orazmuhammedov.

Corak permainan pantas dan serangan balas disajikan Harimau Malaya berjaya memberi tekanan buat lawan yang dilihat lebih banyak bertahan dan berkampung dikawasan sendiri.

Kelayakan Piala Asia 2023: Harimau Malaya baham Turkmenistan 3-1

Darren Lok seharusnya mampu menggandakan kelebihan buat Malaysia pada minit ke-14 berpunca hantaran lintang Safawi namun penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) itu gagal meletakkan bola ke dalam gawang lawan.

Selang seminit kemudian, ketika pertahanan lawan memberikan lebih tumpuan dan kawalan terhadap Darren dan Safawi, giliran Faisal Halim pula mencetak nama selaku penjaring gol kedua pasukan.

Ketinggalan dua gol nyata menyedarkan barisan pemain Turkmenistan yang mula memperkemaskan corak permainan dengan menguji Farizal Marlias menerusi tandukan Annadurdyyev Altymyrat pada minit ke-23 namun penjaga gawang utama kebangsaan itu bersedia awal untuk menangkap kemas bola.

Kesilapan benteng Harimau Malaya yang dilihat memberi ruang kepada Turkmenistan membawa padah apabila Altymyrat berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-37.

Corbin Ong memastikan skuad kebangsaan beredar ke bilik persalinan dengan kelebihan dua jaringan selepas meledak gol ketiga Malaysia di penghujung babak pertama.

Kelayakan Piala Asia 2023: Harimau Malaya baham Turkmenistan 3-1

Memasuki babak kedua, corak permainan berbeza dipamerkan skuad kebangsaan yang lebih banyak bertahan berbanding aksi separuh masa pertama.

Serangan bertali arus yang dijelmakan Turkmenistan bagi memburu gol kedua berjaya dipatahkan pertahanan Malaysia yang diketuai Dion Cools, Matthew Davies, Corbin Ong dan juga Shahrul Saad.

Kemasukan Guilherme De Paula dan Safiq Rahim ketika perlawanan berbaki 10 minit untuk ditamatkan berjaya mengubah tempo permainan Harimau Malaya.

Turkmenistan terus ditimpa malang selepas pertahanannya, Bashimov Abdy diperintahkan keluar padang selepas menerima dua layangan kad kuning kerana mengasari Mohamadou Sumareh pada minit terakhir masa kecederaan separuh masa kedua.

Tiga mata diraih memastikan Malaysia mengungguli Kumpulan E dengan kelebihan jaringan berbanding Bahrain yang berada di tangga kedua dengan juga tiga mata selepas berjaya menewaskan Bangladesh pada aksi sebelah petang tadi.

Baca Lagi:

Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Wanita curi pesanan foodpanda orang lain di hospital ketika teman ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *