Kelantan dan Terengganu dijangka banjir

Photo of author

By Joe

Kelantan dan Terengganu dijangka banjir. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka banjir pada Ahad sekiranya hujan berterusan berlaku di negeri tersebut.

Menurut notis amaran yang dikeluarkan pada Sabtu, jangkaan itu susulan hasil simulasi model ramalan banjir dan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagaimanapun, banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

Kelantan dan Terengganu dijangka banjir

Bagi Kelantan, kawasan-kawasan yang dijangka banjir pada Ahad jam 1 pagi adalah Kampung Kajang, Tanah Merah manakala jam 3 pagi melibatkan daerah Tanah Merah dan Pasir Mas seperti Kampung Nibong, Kampung Air Bujing Kampung Kubang Rambutan, Kampung Bagus, Kampung Degung serta Kampung Limau Purut.

Selain itu, banjir diramal berlaku mulai jam 9 pagi di daerah Pasir Mas melibatkan kawasan-kawasan sekitar Jeti Danau Tok Uban, Kampung Chasi, Tok Uban, Kampung Rasal, Kampung Kuala Itik, Kuala Kok Pauh, Kampung Rahmat, Kampung Pengkalan Telok, Kampung Tersang.

Kelantan dan Terengganu dijangka banjir

Di samping itu, kawasan sekitar Kampung Lubok Gong, Pasir Mas diramal banjir mulai jam 5 petang manakala Pekan Rantau Panjang, Kampung Gelang Mas dan Kampung Kalor dijangka bermula pada jam 11 malam.

Kelantan dan Terengganu dijangka banjir

Sementara itu, bagi Terengganu pula, lokasi dijangka banjir mulai jam 1 pagi melibatkan daerah Besut termasuk kawasan sekitar Kampung La, Kampung Seberang La, Kampung Pengkalan Nangka.

Fenomena banjir turut diramal berlaku mulai jam 4 petang membabitkan kawasan sekitar Kampung Che Mohid, Setiu.

Kelantan dan Terengganu dijangka banjir

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Baca Lagi:
Rupanya bukan durian kura-kura, durian berbuah di pangkal pokok dipercayai spesies baru yang tak pernah orang jumpa
Bergambar jari telunjuk ke langit, sekumpulan rakyat Malaysia ditahan di Mekah
Pakar kesihatan dedah 5 tanda-tanda nyawa korang dalam bahaya, no 1 selalu terjadi secara tiba-tiba