Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani. Pelakon kacak berstatus duda, Sharnaaz Ahmad sekali lagi didesak oleh rata-rata warganet untuk mengetahui status sebenar tentang dirinya selepas beberapa kali kelihatan berteman rapat dengan seorang wanita cantik.

Sebelum ini, aktor ini menarik tumpuan wargamaya apabila dilihat menghadiri konsert Malam Bulan Bintang pada Sabtu, bersama seorang wanita yang begitu cantik.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bulanbintangsite di TikTok, pelakon yang turut dikenali sebagai Mamu ini dan pasangannya duduk bersama beberapa orang selebriti lain seperti Beto Kusyairy dan isteri, Nadhir Nasar serta Mierul Aiman.

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

Dalam pada itu, aksi mesra antara pelakon berusia 38 tahun dengan wanita berkenaan sambil menikmati lagu dendangan Dato’ M. Nasir telah menimbulkan tanda tanya dan spekulasi antara netizen.

Difahamkan, wanita tersebut adalah pelakon Amelia Christie yang sama-sama berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

Malah, Amelia ini juga didakwa sudah beberapa kali bertemu dengan anak tunggal Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.

Justeri, gambar wanita ini juga dikatakan memiliki wajah yang seakan-akan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Amelia ini mirip sekali dengan wajah Lisa Surihani.

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

Terkini, memetik sumber laporan sebuah laman portal, Sharnaaz ada mengakui berkawan rapat dengan seseorang namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.

Kata Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, selain faktor usia semakin meningkat dia juga bimbang jika hubungan yang dibina kali ini tidak berakhir dengan baik.

Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani

“Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum ini dengan terlalu bercerita soal peribadi.

“Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti. Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dahulu,” katanya.

Hal yang demikian, Sharnaaz meluahkan dia pernah berdepan fasa kegagalan dalam rumah tangga, Sharnaaz berkata dia mahu mencari kesempurnaan dalam perhubungan selepas ini.

Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017, sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020.

Baca Lagi:
Patutlah View Chin sanggup bagi hadiah kereta mewah, rupanya ini latar belakang Mira bukan calang-calang orang
Plot twist: Akhirnya View Chin dedah pasal Ahmoi selepas kantoi cium dengan Mira
Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha
CATEGORIES