Kejam! Kerana cinta terhalang, wanita ini suruh teman lelaki bunuh ibunya sendiri

Kejam! Kerana cinta terhalang, wanita ini suruh teman lelaki bunuh ibunya sendiri

Kejam! Kerana cinta terhalang, wanita ini suruh teman lelaki bunuh ibunya sendiri.

“Mangsa, wanita berusia 53 tahun ditemukan terbaring tidak bernyawa menghadap tandas dengan tujuh kesan tikaman di leher, muka dan belakang kepala. Suspek lelaki berusia 16 tahun itu turut didakwa menikam abang teman wanitanya itu beberapa kali kerana cuba campur tangan.”

Bangkok: Seorang gadis berusia 14 tahun di Thailand, tergamak meminta teman lelaki membunuh ibu kandungnya sendiri kerana menghalang cinta mereka.

Bangkok Post melaporkan kedua-dua remaja itu ditahan polis dan menghadapi pertuduhan membunuh si ibu dengan cara menikam mangsa di sebuah bilik di daerah Bang Phli, Samut Prakan.

Suspek lelaki berusia 16 tahun itu turut didakwa menikam abang teman wanitanya itu beberapa kali kerana cuba campur tangan.

Kejam! Kerana cinta terhalang, wanita ini suruh teman lelaki bunuh ibunya sendiri

Ketua Penyiasat di Bang Phli, Uthit Pharatsadorn berkata, insiden itu berlaku di sebuah flat tingkat satu di projek perumahan Khajornwit Eua Artorn di Bang Phli Yai, jam 10 malam, Khamis lalu.

“Mangsa, wanita berusia 53 tahun dikenali Jeerapha ditemukan terbaring tidak bernyawa menghadap tandas dengan tujuh kesan tikaman di leher, muka dan belakang kepala.

“Sebilah pisau tajam berukuran 10 sentimeter (sm) ditemui di lantai bilik itu yang berlumuran darah dan seorang gadis berusia 14 tahun yang juga anak perempuan mangsa, turut berada di dalam bilik.

“Seorang lelaki berusia 23 tahun bernama Kitti ditemukan di laluan ke flat berkenaan dalam keadaan cedera dengan kesan pisau di badan, leher, bahu dan muka. Dia diberi pertolongan cemas dan dikejarkan ke hospital,” katanya.

Di tingkat satu pula, polis menemui seorang remaja lelaki iaitu suspek dengan pakaian berlumuran darah duduk di luar sebuah flat.

Dia kemudiannya ditahan dan ketika disoal siasat, remaja lelaki itu memberitahu polis, teman wanitanya datang menemuinya di luar rumah dengan rancangan untuk membunuh ibu.

Mereka berdua memasuki dalam rumah dan teman wanitanya memintanya bersembunyi di dapur sebelum menghulurkan sebilah pisau kepadanya.

Gadis itu kemudiannya memberi isyarat kepada suspek untuk menyerang ibunya.

“Suspek mengaku mereka membunuh mangsa dan berkata, mereka melakukan pembunuhan kerana mangsa menghalang cinta mereka

“Teman wanitanya pula mengaku merancang pembunuhan itu dan mendakwa dia mempunyai masalah mental dan kadangkala hilang kawalan terhadap dirinya,” katanya.

Berikutan itu, kedua-dua suspek yang namanya dirahsiakan dibawa ke balai polis Bang Phli pada malam Khamis dan sepasukan ahli psikologi turut membantu polis menjalankan siasatan

Polis membawa dua suspek remaja itu ke mahkamah Juvana dan Keluarga Samut Prakan untuk memohon kebenaran menahan mereka pada Jumaat

Baca Lagi:

Susah jumpa ikan jinak macam ni, dah lepas banyak kali tapi datang balik

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

CATEGORIES