Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah. Sejak akhir-akhir ini, kerap pula berlaku kejadian nahas yang melibatkan lori-lori besar di lebuh raya. Lebih menyedihkan, apabila rata-rata insiden terjadi menyebabkan ada keluarga yang terpaksa menerima hakikat kehilangan orang tersayang. Entah di mana silapnya, peristiwa hampir sama berulang semalam dan sempat tular di serata media sosial.

Lori kuning sapu 6 buah kenderaan atas highway sesak

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh bertambah sesak setelah secara tiba-tiba sebuah lori berwarna kuning dilihat meluru laju di lorong kiri sebelum akhirnya menyapu 6 buah kenderaan lain. Walau bagaimanapun, difahamkan pemandu serta para penumpang yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Benda berlaku depan mata, yang lapar terus rasa kenyang…Sampai la ni dok terbayang kejadian tadi

Rupa-rupanya, rakaman dashcam yang telah tular itu adalah daripada kereta dinaiki ayah serta ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah. Dalam video yang dimuat naik, pasangan suami isteri tersebut terus tersentak dan jelas terkejut apabila pemandu memaklumkan tentang insiden berkenaan.

Allahuakbar tak sanggup nak buka sound…Walaupun kita dah berhati-hati tapi punca daripada orang lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkejut apabila melihat video yang dikongsikan. Dalam pada itu, ramai yang sempat berkongsikan pengalaman masing-masing berdepan dengan situasi hampir sama sebelum ini.

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Kejadian lori sapu 6 buah kereta dirakam dashcam kereta ayah Siti Sarah

Baca Lagi:
Taktik baru menyamun, tapi tak jadi
Duit haram nak guna untuk apa?, UAI jelas ada 2 cara manfaatkan duit haram
Netizen nampak sesuatu di konsert GV9, ‘mereka dah lama rancang, kita yang lalai’
CATEGORIES