Kehadiran kapal layar bernilai RM200 juta di Perlis menjadi tanda tanya

Kehadiran kapal layar bernilai RM200 juta di Perlis menjadi tanda tanya

Kehadiran kapal layar bernilai RM200 juta di Perlis menjadi tanda tanya.

Nelayan dan penduduk yang berada di sekitar Kuala Perlis terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang menelusuri muara Sungai Perlis pada Sabtu.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (Pelaris) Jasni Hashim berkata, walau bagaimanapun kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira jam 12 tengah hari itu tidak mengganggu aktiviti nelayan yang berada di sepanjang muara sungai berkenaan.

Menurutnya, muara sungai itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun kehadiran kapal layar mewah yang difahamkan bernilai sekitar AS$45 juta (RM200,014,605) adalah pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat.

Kehadiran kapal layar bernilai RM200 juta di Perlis menjadi tanda tanya

“Kehadiran kapal mewah itu seperti bentuk sebuah kapal angkasa memang mengejutkan penduduk dan nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut. Difahamkan kapal ini datang dari luar negara dan kita tidak pasti dari negara mana.

“Kapal layar ini bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Jasni berkata, kapal yang mempunyai dua lunjuran besar di sebelah kiri dan kanannya itu juga difahamkan sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk melalui muara sungai itu sebelum berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd di Kampung Tengah, Kuala Perlis.

Menurutnya, tiada aduan yang diterima oleh mereka oleh nelayan berhubung gangguan lalu lintas disebabkan oleh kehadiran kapal layar mewah itu.

Baca Lagi:

Seram! Anak murid hijab mata ‘terbuka’ lihat susuk pontianak sedang berdiri di belakang cikgu

Anak tak sedap hati petanda ibu maut diseret treler

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Leave a Reply

Your email address will not be published.