“Kedai mamak tempat semua kaum bersatu”- Lelaki sambut hari jadi pukul 3 pagi di kedai mamak dapat sambutan luar biasa. Masyarakat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan makanan di kedai mamak kerana di sana, kita boleh menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Sehingga larut malam pun, jika lapar, bolehlah makan supper di kedai mamak sambil berlepak dan menonton perlawanan bola sepak.
Baru-baru ini, seorang pemuda telah menarik perhatian ramai apabila beliau menyambut hari lahirnya di sebuah kedai mamak bersama beberapa rakan.
Gelagat mereka menyambut hari lahir tersebut telah dikongsi di TikTok melalui akaun tyrrerr.
Apa yang menarik perhatian ialah sambutan hari lahirnya itu turut ‘disertai’ oleh pelanggan-pelanggan lain yang ada di kedai mamak itu kerana mereka turut sama menyanyikan lagu selamat hari jadi kepadanya.
Dalam video yang berdurasi lebih kurang satu minit itu, mereka terlihat membawa kek untuk menyambut hari lahir di kedai mamak pada pukul tiga pagi.
Rata-rata warganet memuji kehadiran kedai mamak kerana ia merupakan tempat di mana semua kaum di Malaysia suka makan dan berlepak bersama rakan-rakan serta keluarga.
Kedai mamak memang tempat 1 Malaysia, di mana semua orang suka berkumpul.
@tyrrerrThis is why they say Malaysians are really friendly 😅