Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap

Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap

Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap. Wang Bantuan Awal Persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor lesap, apabila dilarikan penjenayah siang tadi.

Wang berkenaan baru sahaja dikeluarkan oleh pengetua sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pengetua berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap

Sejurus mengeluarkan wang berkenaan, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

Difahamkan wang berkenaan diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Dia kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman.

Namun sebaik tiba semula di kenderaannya, didapati cermin penumpang telah pecah dan wang telah hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik
Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan
Kisah kedai dobi layan diri, walaupun sekarang musim hujan tapi tiada ramai orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *