Kecoh satu Malaysia Zizan Razak bergambar dengan Hawa Rizwana, akhirnya ini yang berlaku

Kecoh satu Malaysia Zizan Razak bergambar dengan Hawa Rizwana, akhirnya ini yang berlaku

Kecoh satu Malaysia Zizan Razak bergambar dengan Hawa Rizwana, akhirnya ini yang berlaku. Tindakan pelakon dan pelawak Zizan Razak yang memuat naik foto bersama pengacara Hawa Rizwana di Instagram miliknya menimbulkan usikan peminat sehingga ada menganggap mereka kini sedang dilamun cinta.

Zizan atau Mohd Razizan Razak, 39, bagaimanapun memohon orang ramai agar tidak cepat membuat sebarang spekulasi tidak benar mengenai mereka hanya kerana sekeping gambar.

Jelas Zizan, tujuan dia memuat naik foto bersama Hawa adalah bagi mempromosikan drama pertama lakonan mereka yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Kecoh satu Malaysia Zizan Razak bergambar dengan Hawa Rizwana, akhirnya ini yang berlaku

“Saya terkejut… tenang ya semua. saya nak rakyat Malaysia bertenang. Posting saya itu dengan niat untuk war-warkan cerita terbaru kami dan ia adalah lakonan pertama Hawa.

“Orang ingat melalui hantaran itu saya dan Hawa ada hubungan. Bukan itu cerita dia,” katanya.

Zizan menjelaskan kekeliruan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Terdahulu, gambar mereka berdua menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat termasuk rakan selebriti yang seakan-akan setuju jika mereka berjodoh.

Dalam pada itu, menerusi video lain di Instastory, Zizan menjelaskan gambar berkenaan bukan gimik untuk menarik perhatian orang ramai.

Malah pelakon berkenaan sempat mengusik dan menyebut nama Khai Bahar kerana sebelum ini penyanyi tersebut pernah bekerjasama dengan Hawa dalam video muzik lagu berjudul Oh Wanita.

Kecoh satu Malaysia Zizan Razak bergambar dengan Hawa Rizwana, akhirnya ini yang berlaku

“Saya tak tahu pula jadi kecoh sampai begini. Tiada niat pun nak buat marketing dengan cara gosip begitu. Saya hanya hendak beritahu sedang berlakon dengan Hawa.

“Jadi salah faham pula. Minta maaf kepada yang salah faham terutama Khai Bahar. Hawa itu macam adik saya, saya tidak fikir apa-apa pun,” jelasnya.

Zizan bagaimanapun tidak memberitahu tajuk drama arahan Michael Ang itu dan meminta peminat agar menonton lakonan romastis mereka berdua nanti.

Baca Lagi:
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
Peristiwa 31 Januari: Polis lepaskan tembakan dalam mesyuarat UMNO
Pengurus bank mengamuk di balai polis, kantoi simpan video lucah
CATEGORIES