Kecoh Sajat dedah Malaysia negara top 3 bakal bankrup, sekali Mentor Kewangan jawab

Kecoh Sajat dedah Malaysia negara top 3 bakal bankrup, sekali Mentor Kewangan jawab

Kecoh Sajat dedah Malaysia negara top 3 bakal bankrup, sekali Mentor Kewangan jawab. Azizi Ali merupakan mentor kewangan yang selalu berkongsi video di tiktok mengenai tips-tips pengurusan kewangan.

Baru-baru ini beliau ada memuat naik satu video di laman tiktok mengenai video sajat yang memberi kenyataan mengenai ekonomi Malaysia. Di dalam video tersebut, sajat menyebutkan apa yang bakal terjadi pada Malaysia.

Yang pertama, Malaysia merupakan antara tiga negara yang bankrap atau muflis jika tidak melakukan perbelanjaan dengan betul kerana hutang di Malaysia terlalu banyak.

Kecoh Sajat dedah Malaysia negara top 3 bakal bankrup, sekali Mentor Kewangan jawab

Seterusnya, duit yang sedia ada itu jangan beli rumah dan silalah bertukar kepada simpanan berbentuk emas kerana mata wang Malaysia akan merosot.

VIA tiktok azizi.ali

Kenyataan sajat itu di komen oleh Azizi. Menurut azizi kenyataan Sajat adalah typical yang dibuat oleh sesorang yang kurang ilmu kewangan. Tambahnya lagi, ada kenyataan yang betul dan ada juga kenyataan yang salah.

Statement Mana Yang Betul?

@azizi.ali Komen saya tentang statemen Sajat #aziziali #azizialimentorwang #teamaziziali #ilmukewangan #sajat #tiktokguru ♬ Dj Care Bebek Thailand Style (Remix) – MVC Project

Azizi menjawab kenyataan Sajat itu, di mana yang pertama, hutang Malaysia terlalu banyak. Pada Disember 2022 hutang Malaysia adalah $247 billion, angka tersebut adalah tinggi dan hutang Negara yang tertinggi adalah Amerika Syarikat yang mempunyai hutang sebanyak $29 trilion.

Hutang-hutang Negara haruslah dibandingkan dengan GDP atau dalam bahasa Malaysianya adalah KDNK, ‘Keluaran Dalam Negeri Kasar’. Semakin tinggi peratus GDP semakin besar kemungkinan Negara tersebut tidak dapat membayar hutang. GDP Malaysia adalah 70% merupakan peratus rendah dari Negara lain. Jadi kenyataan bahwa Malaysia akan bankrap dalam waktu terdekat adalah tidak benar.

Kedua, nilai ringgit akan jatuh adalah benar, malah bukan nilai ringgit sahaja, akan tetapi nilai mata wang Negara lain juga turut jatuh kerana dibaham oleh inflasi.

Dan yang ketiga, melabur dalam emas adalah kenyataan yang benar, Azizi juga menyarankan supaya melabur dalam emas untuk menyelamatkan kuasa beli pada tahun yang mendatang.

Apa-apa pun, marilah buat perancangan dari sekarang agar tidak jatuh terduduk dikemudian hari.

Baca Juga : 
Najib bakal bergelar Dr?, Saifuddin kongsi perkembangan terkini Najib di penjara
Rowan Atkinson ‘Mr Bean’- Kisah lelaki yang tak pernah putus asa dengan impiannya
‘Tak pernah dibuat orang’, pelajar perempuan ‘backflip’ ketika terima ijazah atas pentas
CATEGORIES