Kecoh! Perlawanan bolasepak terhenti, penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol

Kecoh! Perlawanan bolasepak terhenti, penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol

Kecoh! Perlawanan bolasepak terhenti, penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol. Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Everton dan Newcastle United di Goodison Park awal pagi tadi terpaksa dihentikan seketika gara-gara seorang penunjuk perasaan mengikat badannya di tiang gol.

Dengan memakai baju yang tertera perkataan ‘Just Stop Oil’, penunjuk perasaan itu mengikat badannya ke tiang gol dengan menggunakan pengikat kabel yang mengakibatkan perlawanan itu terpaksa dihentikan.

Tindakan individu itu jelas tidak disenangi penyokong yang hadir dan pegawai perlawanan terpaksa mencari playar untuk memotong pengikat daripada tiang gol sebelum pelaku itu ditangkap polis.

Kecoh! Perlawanan bolasepak terhenti, penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol

Kumpulan aktivis kempen Just Stop Oil mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu dengan menciap dalam Twitter: “Terkini: Penyokong Just Stop Oil terikat di tiang gol sewaktu perlawanan Everton dan Newcastle United”.

Aksi di Goodison Park menyaksikan Everton menewaskan Newcastle 1-0 hasil jaringan lewat Alexander Iwobi.

Baca Lagi:

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

 

CATEGORIES