Kecoh perempuan positif Covid-19 keluar mengundi di DUN Larkin

Kecoh perempuan positif Covid-19 keluar mengundi di DUN Larkin

Kecoh perempuan positif Covid-19 keluar mengundi di DUN Larkin. Seorang pengundi wanita bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Tindakan diambil oleh Inspektor Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru setelah membuat pemeriksaan terhadap aplikasi MySejahtera milik wanita berusia 30-an itu yang menunjukkan tanda merah.

Menurut wanita tersebut, dia tidak mengetahui tidak boleh datang untuk mengundi ketika masih menjalani kuarantin setelah didapati positif Covid-19.

Kecoh perempuan positif Covid-19 keluar mengundi di DUN Larkin

Inspektor kesihatan mengeluarkan kompaun terhadap wanita yang masih menjalani kuarantin selepas hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu, Johor Bahru.

Katanya, berlaku salah faham setelah orang terdekatnya memberitahu dia masih boleh mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

Dalam pada itu, Inspektor Kesihatan, Mohd. Azrul menjelaskan kepada wanita itu bahawa semua individu yang positif tidak boleh keluar mengundi untuk menunaikan hak demokrasi tersebut.

Katanya, mana-mana individu yang positif Covid-19 wajib menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sebagai individu yang didapati positif, awak tidak boleh keluar rumah langsung apatah lagi untuk keluar mengundi di pusat mengundi melainkan rumah di dalam pusat mengundi.

“Kami menawarkan kompaun sejumlah RM1,000 dan awak perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dalam tempoh masa 14 Hari,” katanya ketika menerangkan situasi itu kepada ibu wanita terbabit.

Inspektor Kesihatan itu mengarahkan wanita terbabit segera pulang ke rumah selepas mengeluarkan kompaun tersebut sebelum dia terus pulang ke rumah seorang diri.

Baca lagi: 

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Rompakan bank di Puchong, pengawal keselamatan maut ditembak

[VIDEO] Cara mudah untuk pastikan ‘Water Heater’ selamat digunakan atau tidak

CATEGORIES