Kecoh Mercedes C43 rempuh stesen minyak Petronas, pemandu tiba-tiba hilang….

Kecoh Mercedes C43 rempuh stesen minyak Petronas, pemandu tiba-tiba hilang….

Kecoh Mercedes C43 rempuh stesen minyak Petronas, pemandu tiba-tiba hilang….

Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 dilaporkan melarikan diri selepas merempuh sebuah pam stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dalam kejadian awal pagi Sabtu, 17 September.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan ekoran kejadian tersebut dan segera mengerahkan lapan anggota bersama sebuah jentera untuk ke lokasi kejadian pada jam 12.13 tengah malam.

Kecoh Mercedes C43 rempuh stesen minyak Petronas, pemandu tiba-tiba hilang....

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

“Bagaimanapun, didapati tiada pemandu berada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan PGO, terdapat tumpahan minyak petrol susulan dari kemalangan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam,” tambah kenyataan itu.

Baca Juga : 

Terjumpa duit bernilai RM150 ribu dalam almari, tindakan pekerja syarikat pindah barang ini buat netizen terkejut

Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang

Dipilih dari 500 calon pelakon, babak tak berbaju ‘Panas’ Yewon jadi tumpuan

CATEGORIES