Kecoh !!! Kereta misteri berwarna hitam ditemui di dalam parit

Kereta misteri berwarna hitam ditemui di dalam parit

Kereta misteri berwarna hitam ditemui di dalam parit. Sebuah kereta yang ditemui separuh tenggelam di dalam parit antara simpang Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, di sini, menimbulkan persoalan, apabila tiada laporan polis diterima berhubung kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Malah penduduk berdekatan juga mendakwa tidak pernah mendengar berlakunya kemalangan selain tidak mengetahui sejak bila kereta berkenaan berada di dalam parit itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya akan meninjau lokasi kereta itu ditemui bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kereta misteri berwarna hitam ditemui di dalam parit

“Semakan sudah dibuat dan didapati tiada sebarang laporan kemalangan jalan raya berlaku di kawasan berkenaan.

“Kami akan menghantar anggota bagi mengenalpasti punca kereta terbabit berada di dalam parit itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kereta berwarna hitam itu disedari wartawan Berita Harian yang kebetulan melalui lokasi sunyi di kawasan paya nipah itu selepas membuat liputan operasi pencarian mayat kanak-kanak disyaki mangsa bunuh di Muara Tebas, petang semalam.

Usaha untuk mendapatkan maklumat berhubung kereta misteri itu gagal apabila penduduk di dua kampung berhampiran iaitu Kampung Goebilt dan Kampung Bako, mendakwa tidak mengetahui mengenainya.

Baca Lagi:

Selalu tayang kemewahan, polis sita aset bernilai RM18.7 juta milik influencer terkenal

Demi bayar hutang dan beli makanan, sanggup jual buah pinggang

Tiga cara tuntut ganti rugi cermin retak akibat kerja potong rumput

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *