Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri

Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri

Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri.

Sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi panik apabila keluarga pengantin terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan lauk kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari kejadian.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Ajan Reduan yang memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika majlis perkahwinan sepupunya.

“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut, kesian,” katanya.

Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri

Menurut pengguna tersebut, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana mereka telah menanggung kerugiaan yang besar akibat ditipu pihak katering sehingga menyusahkan ramai pihak.

“Laporan polis dah dibuat, semoga tabah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman yang hampir sama.

“Saya pun pernah kena tipu dengan katering, perjanjian masak untuk 500 orang makan, tapi baru satu jam majlis berlangsung, lauk semua dah habis, macam buat untuk 100 orang sahaja, tak masuk akal langsung,” kongsi Amirah.

“Memang kena selalu ‘update’ dengan pihak katering setiap masa, lagi-lagi bila dah dekat majlis, setiap hari mesej ingatkan, biar mereka lebih peka,” pesan Asyura Haiza.

Baca Lagi:

6 anak jadi yatim piatu, ibu bapa OKU dirempuh pemandu mabuk

Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Netizen puas hati tengok kereta Alphard dihimpit Bas, ini makan dia suka parkir ikut suka

CATEGORIES