Kecoh duit sumbangan orang awam buat beli emas RM20,000, pasangan viral dedah harga sebenar buat ramai terkejut. Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa pasangan yang membawa bayi 11 bulan dengan alat pernafasan naik motosikal itu disyaki telah menghilangkan diri selepas pihak media mencuba menghubungi mereka tanpa mendapat jawapan dan mereka mematikan panggilan.
Bukan itu saja, terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa mereka membeli barangan kemas bernilai RM20,000 dengan duit bantuan. Benar ke?
Menurut laporan terkini dari Kosmo, lelaki tersebut, Mohd. Azlan Ishak, menafikan dakwaan yang dibuat oleh pasangannya, Norhidayu Halim, tentang pembelian barangan kemas bernilai RM20,000.
“Saya hanya memberi duit dan meminta bakal mentua membeli cincin emas untuk Norhidayu bagi urusan perkahwinan kami. Harga cincin tersebut hanya RM800, tidak sampai ribu-ribu kerana kami sedar bahawa kami tidak mampu untuk membeli emas yang mahal,” katanya.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa mereka telah menerima sumbangan sebanyak RM200,000. Walau bagaimanapun, Azlan menyatakan bahawa dia masih belum memeriksa akaun bank di mana sumbangan daripada orang ramai disalurkan.
“Saya juga belum memeriksa akaun bank, untuk apa perlu memeriksa sedangkan duit sumbangan daripada orang ramai masih ada di tangan kami, jadi kami gunakan duit tersebut dahulu,” tambahnya.