Kecoh dakwaan 22 juta data pelanggan bocor di ‘Dark web’, ini penjelasan Maybank

Photo of author

By Joe

Kecoh dakwaan 22 juta data pelanggan bocor di ‘Dark web’, ini penjelasan Maybank. Semalam, gempar di media sosial berkenaan laporan yang mendakwa 22 juta rekod pelanggan Maybank telah dijual melalui pasaran gelap.

Antara data sensitif yang dikatakan dijual termasuk nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat, kata laluan, dan maklumat peribadi yang melibatkan hampir keseluruhan data pengguna.

Berikutan kontroversi tersebut, Maybank hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjamin pelanggan bahawa sistem mereka masih kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya.

Kecoh dakwaan 22 juta data pelanggan bocor di 'Dark web', ini penjelasan Maybank

Maybank melalui hantaran di platform X menjelaskan bahawa mereka mengambil serius kebimbangan ini dan komited untuk menjaga keselamatan data setiap masa.

“Kami mengambil berat terhadap kebimbangan keselamatan ini dan berterusan memantau serta memastikan perlindungan data pada setiap ketika.
“Dengan pelbagai langkah penipuan yang dijalankan termasuk penggunaan Secure2U untuk pengesahan transaksi dan pengurusan tempoh keadaan berisiko tinggi, transaksi dalam talian pelanggan kami terus dilindungi.

Kecoh dakwaan 22 juta data pelanggan bocor di 'Dark web', ini penjelasan Maybank

Kecoh dakwaan 22 juta data pelanggan bocor di 'Dark web', ini penjelasan Maybank

“Kami mengingatkan pelanggan kami untuk sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan maklumat mereka.

“Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan, dan butiran peribadi anda selamat, serta berhati-hati terhadap perisian berbahaya, mesej WhatsApp, laman web penipuan, dan panggilan telefon yang meminta butiran peribadi anda,” kenyataan bank itu dijelaskan pada Rabu melalui platform X.

Baca Lagi:
Wanita gelandangan terkejut dapat hadiah apartment daripada Influencer terkenal
Peniaga sebak baca surat pakcik minta durian paling murah sebab anak teringin nak makan, terus bagi selonggok durian Udang Merah
“Aku jumpa seluar dalam perempuan dalam rumah suami, suami tak mengaku cakap mak dia punya..”