Keadaan terkini pelakon vateran Mak Wan, nak beli ubat pun dah tak mampu

Keadaan terkini pelakon vateran Mak Wan, nak beli ubat pun dah tak mampu

Keadaan terkini pelakon vateran Mak Wan, nak beli ubat pun dah tak mampu. Tahun lalu merupakan tahun sukar buat pelakon veteran Mak Wan apabila diuji dengan pelbagai kontroversi termasuk perkahwinan ketiganya yang hanya bertahan tiga bulan dan isu dengan bekas pembantu peribadinya sehingga kes dibawa ke mahkamah.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 62 tahun itu berkata susulan kontroversi terpalit dirinya perkara itu memberi kesan kepada kariernya apabila tiada lagi tawaran berlakon.

Lebih sedih, disebabkan kesempitan wang dia sering menerima mesej daripada pihak yang mahu menarik balik barang-barang yang masih belum dilunaskan bayarannya.

Keadaan terkini pelakon vateran Mak Wan, nak beli ubat pun dah tak mampu

“Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.
“Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang. Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar… sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan berkongsikan dia terpaksa berjimat cermat kerana perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan.

Tambahnya lagi, setiap bulan dia perlu membeli ubat-ubatan penyakit diabetes, darah tinggi dan asma dihidapinya yang menelan kos tinggi.

“Selain kos ulang-alik ke Taiping, saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Mak Wan berkata dia yang tinggal bersendirian menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan serta mendekatkan diri kepada Allah agar dia tidak menghadapi kemurungan.

“Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah. Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan,” katanya.

Mak Wan turut berharap agar penerbit atau syarikat produksi sudi memberikan tawaran berlakon untuk menyara kehidupan serta menampung kos membeli ubat-ubatan.

“Kepada penerbit diluar sana, kalau tak dapat beri banyak, cukuplah berlakon telefilem untuk bagi saya kerja. Itu sahaja saya mohon, dapat saya beli ubat,” katanya

Baca Lagi:
Warga emas mengemis ‘gifts’ di TikTok sanggup mandi lumpur, rupanya ada kisah yang ramai orang tak tahu
Kerajaan umum Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023, boleh semak kelayakan anda
Jual air mani kerbau, petani jana pendapatan RM130,879 sebulan
CATEGORIES