Kayak ‘karam’ di laut, DS Vida hampir lemas menjerit minta tolong, aksi Kacak terjun pergi selamat raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

Kayak ‘karam’ di laut, DS Vida hampir lemas menjerit minta tolong, aksi Kacak terjun pergi selamat raih perhatian ramai. Usahawan terkenal, Dato Seri Vida a.k.a DSV memang terkenal dengan cara gelak yang kuat dan kelakar. Hinggakan sesiapa yang mendengarnya juga akan terjebak sama untuk ikut ketawa sekali. Baru-baru ini, ibu 2 anak itu berkongsikan kejadian lucu yang berlaku saat dia sedang bercuti di Sky Water Villas, Semporna, Sabah.

Seronok naik sampan orang dayungkan

Dengan langit yang sudah gelap, DSV seronok menaiki kayak yang didayung oleh seorang lelaki di belakang. Tak lama kemudian, tiba-tiba mereka yang gagal seimbangkan badan mula senget ke tepi menyebabkan air laut masuk ke dalam sampan jernih tersebut.

Kayak 'karam' di laut, DS Vida hampir lemas menjerit minta tolong, aksi Kacak terjun pergi selamat raih perhatian ramai

Taktau nak gelak, nak rakam atau nak selamatkan

Meskipun awalnya tergelak, Dato Vida mula panik apabila kayak berkenaan perlahan-lahan terjongket ke belakang. Ini menyebabkan kayak itu ‘karam’dan tenggelam sepenuhnya dalam air laut. Entah tergelak atau menjerit, yang pasti DSV nampak sedikit cemas kerana kakinya tidak mampu menjejaki dasar laut tersebut.

Nasib baik Kacak datang selamatkan Mama

Lantas, anak lelakinya, Kacak segera melompat ke dalam air untuk menyelamatkan ibunya. Lucunya, lelaki yang menyebabkan kayak itu tenggelam segera selamatkan diri terlebih dahulu. Sejak dikongsikan semalam, rakaman menghiburkan itu meraih lebih 900 juta views dan dikongsikan sebanyak 11 ribu kali oleh netizen.

@datoserividaofficial Macam nak hilang nyawa ye aduhaiii.. NAKKK NAIK JUGA…. TGK APA JADI😂 @dazhar1 #datosrivida #sabah #semporna #masukberandafyp #foryoupage #jalanjalantraveling #ohhsemtravel ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Baca Lagi:
Azhar Sulaiman buat ‘house tour’ yang dibina atas tempat sembahyang orang asli, tapi ada batu misteri yang tak dapat dipecahkan dalam rumah
Biodata calon PN Baddrol Bakhtiar dikritik netizen, rupanya ini yang diisi
“Nasib tak baik dapat mertua kaki pusing”