“Kau anak bodoh, duduk diam-diam”, Kak KM mengamuk netizen kecam anaknya dapat 4 flat

Photo of author

By Joe

“Kau anak bodoh, duduk diam-diam”, Kak KM mengamuk netizen kecam anaknya dapat 4 flat. Usahawan sensasi Liana Rosli sekali lagi secara terbuka menghambur kata-kata kasar terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan cemerlang diperoleh anaknya iaitu Nabila Razman.

Liana atau lebih mesra dengan sapaan Kak KM berkata, dia tidak peduli apabila ada memperlekehkan usaha Nabila yang mendapat purata nilai gred (PNG) 4.0 sebagai bukan sesuatu patut dibanggakan.

Sebaliknya kata Liana, dia tahu anak perempuannya itu seorang yang bijak dan melabelkan netizen bersuara menghina kejayaan Nabila mempunyai anak yang bodoh.

"Kau anak bodoh, duduk diam-diam", Kak KM mengamuk netizen kecam anaknya dapat 4 flat

“Aku tidak peduli dengan mulut-mulut bangsat di luar sana. Aku tahu anak aku bijak pandai, yang lain pergi mampus.
“Kau anak bodoh, duduk diam-diam,” tulisnya di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Sebelum itu, Liana berkongsi keputusan cemerlang Nabila bagi peperiksaan semester pendek yang didudukinya baru-baru ini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Rasa bangga Liana itu bagaimanapun diperlekeh segelintir pihak hanya kerana Nabila hanya mengambil dua subjek untuk semester berkenaan bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan.

Dalam pada itu, Liana berkata, dikurniakan anak yang bijak juga adalah satu nikmat dan rezeki kurniaan Allah dan pencapaian Nabila itu adalah hasil usahanya sendiri.

“Anak bijak pun rezeki. Ingat senang ke nak cemerlang? Kena tekun belajar… Syukur semua hasil usaha anak mama sendiri,” ujarnya.

Menerusi satu perkongsian lain dibuat Nabila di Instagram miliknya memberitahu keputusan diperolehinya itu sebagai membalas kekecewaan kerana gagal mendapat Anugerah Dekan bagi semester lalu.

Jelasnya, dia tidak berniat mahu bersikap menunjuk-nunjuk dengan keputusan diperolehnya itu sebaliknya sekadar mahu membuat ibunya berasa bangga.

“Bagi saya ini pencapaian untuk diri sendiri. Semester lepas saya menangis sebab dapat 3.6… Saya nak sangat simpan satu sijil Anugerah Dekan.
“Harapan saya nak buat mama bangga dan bukan satu Malaysia bangga dengan saya,” jelasnya.
Baca Lagi:
Cara paling senang nak beli telefon canggih, jangan buang resit ‘shopping’ di MYDIN
Disahkan sudah meninggal, jenazah dibawa balik ke rumah tiba-tiba bunyi berdengkur sangat kuat, rupanya ini yang berlaku sebenarnya..
Ibu terkejut tengok video rakaman, guru pancing murid pergi hotel di Genting Highlands buat perkara tak senonoh