Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10

Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10

Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada bapanya yang baru sahaja diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.

Menurut satu hantaran di Instagramnya, beliau mengucapkan tahniah dan berbangga dengan bapanya walaupun pernah menjadi tahanan di penjara.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.
“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan dan menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” tulisnya di dalam kapsyen hantaran tersebut.

Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10

Tambahnya lagi, selepas upacara angkat sumpah berlaku, Anwar akan berusaha untuk menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, serta membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli,” katanya.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Baca Lagi:
Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi
[TERKINI] Istana perkenan Anwar Ibrahim PM ke-10, angkat sumpah 5 petang hari ini
Digelar ‘Mufti Pengkianat’, Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang
CATEGORIES