Kasut berusia 6,000 tahun ditemui dalam gua kelawar, ini rupanya buat ramai tak sangka

Photo of author

By Joe

Kasut berusia 6,000 tahun ditemui dalam gua kelawar, ini rupanya buat ramai tak sangka. Sepasang kasut dipercayai berusia lebih 6,000 tahun ditemukan dalam sebuah gua kelawar di Sepanyol.

Lapor Daily Mail, kasut yang dikatakan tertua di Eropah itu dijumpai dalam keadaan terpelihara dengan baik.

Pasukan saintis menganalisis sandal prasejarah itu yang ditemukan bersama dengan bakul tenunan dan artifak kayu.

Kasut berusia 6,000 tahun ditemui dalam gua kelawar, ini rupanya buat ramai tak sangka

Penemuan itu mendedahkan kemahiran dan kraf nenek moyang zaman neolitik.

Kasut tertua itu merupakan sandal ditenun daripada gentian dikenali sebagai rumput esparto yang mempunyai persamaan ketara dengan kasut Espadrille masa kini.

Penemuan itu lebih lama berbanding kasut kulit berusia 5,500 tahun yang ditemukan di Armenia pada tahun 2008.

Kasut berusia 6,000 tahun ditemui dalam gua kelawar, ini rupanya buat ramai tak sangka

Analisis pentarikhan karbon mendedahkan koleksi artifak itu berusia kira-kira 2,000 tahun lebih lama berbanding dianggarkan sebelum ini.

Pasukan penyelidik mendapati sejumlah daripada 76 objek dicipta kira-kira 9,500 tahun lalu.

Ia sekaligus menjadikan bukti langsung pertama penghasilan bakul dalam kalangan masyarakat awal pemburu-pengumpul.

Kasut dan artifak lain ditemukan dari Cueva de los Murcielagos di Andalucia, gua kelawar yang mana ruang kubur dijumpai oleh pelombong pada abad ke-19.

Baca Lagi:
Pendakwah kongsi kenyataan Prof Nana tentang makan nasi goreng waktu pagi buat penggemar nasi goreng terkejut
Penyakit X bakal ancam dunia, ini yang perlu anda tahu sebagai rakyat Malaysia
Wanita kongsi gambar berbulan madu dengan suami, tak sangka akhirnya kena santau..Menjerit ketika dirukyah