Kastam ingin siasat wanita beli 180g emas di Makkah selepas balik buat haji

Photo of author

By Joe

Kastam ingin siasat wanita beli 180g emas di Makkah selepas balik buat haji. Pihak kastam dan eksais Indonesia bercadang menyiasat seorang jemaah haji dari Makassar, Sulawesi Selatan yang disyaki mempamerkan barangan kemas sebanyak 180g selepas pulang dari Arab Saudi.

Ketua Kastam dan Eksais Makassar Zaeni Rahman berkata, untuk sejumlah barang yang dibeli dari luar negara boleh dikenakan cukai.

Menurut laporan CNN Indonesia, pengenaan cukai ini tidak terpakai sekiranya barang kemas emas telah dibawa oleh jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci.

Kastam ingin siasat wanita beli 180g emas di Makkah selepas balik buat haji

Secara lebih terperinci, beliau menjelaskan, jemaah haji boleh membeli dan membawa bagasi dari luar negara dengan had nilai USD$500 (RM 2335) dan jika melebihi jumlah itu, kerajaan akan mengenakan cukai import.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang jemaah haji dari Makassar bernama Suarnati Dg Kanang memakai barang kemas emas dengan jumlah keseluruhan 180g selepas pulang dari Tanah Suci.

@photoaja88 Manusia Emas Pulang dari Tanah Suci#haji #makassar #jgnfyp #indonesia #sulawesiselatan ♬ suara asli – Photoaja88

Videonya itu memaparkan dia memakai barangan emas yang sarat seketika tiba di Asrama Haji Sudiang, Makassar pada hari Rabu lepas.

Suarnati berkata, dia membeli beberapa utas rantai dan gelang emas di Makkah dan difahamkan emas itu dibeli dengan harga sekitar IDR1.2 juta (RM 368) per gram.

Fuh, banyak tu!

Baca Lagi:
Perodua bakal perkenal kereta elektrik pertama dikenali sebagai MyEV, ini reka bentuknya
Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K
Ketua Peneroka Kebangsaan Felda dedah perkara sebenar isu hutang Felda yang ramai tak tahu