Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik

Photo of author

By Joe

Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik. Di zaman serba canggih ini, memang sukar untuk kita pisahkan anak-anak dengan gajet. Terkadang dalam tempoh yang sekejap, mereka mampu ‘menggodek’ telefon bimbit sehingga terlihat benda yang bukan-bukan. Terbaru, masyarakat sedang dihangatkan dengan isu kartun Skibidi Toilet yang popular di aplikasi YouTube.

Kartun Skibidi Toilet sedang trending di YouTube

Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik

Ringkasnya, animasi itu menampilkan pelbagai watak kepala lelaki yang berada dalam lubang tandas. Apa yang menganggu fikiran adalah, karakter ini muncul dengan wajah pelik sambil menyanyikan lirik “skibidi bombombom” secara berulang kali sampailah ada orang menekan butang flush. Kebanyakan aksi yang ditunjukkan juga penuh dengan unsur ekstrem dan agak agresif.

Budak mula bersikap pelik menyerupai kartun kepala lelaki dalam jamban

Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik

Mungkin ada ibu bapa merasakan ia hanyalah kartun biasa, namun secara tak langsung sebenarnya tontonan sebegini mampu merosakkan minda serta otak kanak-kanak yang sedang membesar. Di TikTok, terdapat paparan tular menyaksikan bagaimana beberapa orang budak lelaki seakan terkena Sindrom Skibidi Toilet.

@sattrupaitawong Skibidi ร้องแบบโหดๆ #skibiditoilet #skibidichallenge #skibidi ♬ เสียงต้นฉบับ – sattrupaitawong

Hal ini boleh rosakkan psikologi anak yang mana akan terbawa-bawa sampai mereka besar

Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik

Rata-ratanya akan duduk dalam posisi mencangkung (dalam bekas/tong sampah) sama seperti apa yang ada dalam kartun Skibidi Toilet. Kemudian mereka akan membuat muka yang pelik dan mengulang nyanyikan lagu kartun ini. Apa yang pasti, ia adalah bukti bagaimana psikologi seorang budak telah ‘diganggu’ oleh bahan tontonan negatif. Justeru ibu bapa diingatkan untuk mengawal pemberian gajet kepada anak-anak dan adalah lebih baik sediakan bahan hiburan atau mainan bersifat sensori.

@happyplayhouseid Serem banget ya bahayanya membebaskan si kecil bermain handphone tanpa pengawasan orang tua 🥺 #skibiditoilet #skibiditoiletvscctv #parenting #tipsparenting ♬ Sad and lonely – MoppySound

Baca Lagi:
Syahmi Sazli tampil bersuara selepas isteri kena kecam dengan ‘walaun’ isu luah rasa kecewa dengan kerajaan Kelantan
ND Lala menghilang selepas akad nikah Shila dan Ubai
Wanita pelik perangai kakak ipar selalu susukan anak depan-depan bila bakal suami datang rumah, rupanya…