Kapal persiaran mewah ‘Icon Of The Seas’ terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Kapal persiaran mewah ‘Icon Of The Seas’ terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Kapal persiaran mewah ‘Icon Of The Seas’ terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic. Diiktiraf sebagai kapal persiaran terbesar dunia, kapal persiaran Royal Caribbean Internantional, Icon of the Seas bakal dilancarkan pada bulan Januari 2024.

Menurut laporan, kapal persiaran tersebut boleh memuatkan sehingga 7,600 penumpang bersama dengan 2,350 anak kapal yang menampilkan kapasiti keseluruhan mencecah 10,000 orang dan saiz kapal ini dianggarkan kira-kira lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic.

Selain itu, ia turut mempunyai enam gelongsor air dan sembilan whirlpool, lebih 20 premis makanan dan lebih 15 bar hiburan termasuklah sebuah bar karaoke.

Kapal persiaran mewah 'Icon Of The Seas' terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Malah, ia turut menawarkan permainan seperti rock climbing, arcade serta padang golf mini untuk tetamu-tetamunya. Terdapat juga tempat persembahan yang dikenali sebagai AquaDome.

Difahamkan, pelayaran itu selesai melakukan ujian laut pertamanya pada Julai 2023 di Turku, Finland dimana melibatkan lebih daripada 450 pakar menjalankan ujian ke atas mekanik kapal selama empat hari.

Kapal itu perlu melalui pusingan kedua ujian laut akhir tahun ini, sebelum penampilan pertamanya yang dijadualkan di Miami pada Januari 2024.

Kapal persiaran mewah 'Icon Of The Seas' terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Kapal persiaran mewah 'Icon Of The Seas' terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Kapal persiaran mewah 'Icon Of The Seas' terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic

Baca Lagi:
“Potong kat perut, naik dekat muka”, perubahan wajah Rina Harun jadi bualan netizen, dagu makin pelik
“Keluarga aku yang bahagia tiba – tiba bertukar jadi malapetaka selepas ayah meninggal, tapi ibu kahwin pula buat kali ke-3”
Ahli politik ‘kantoi’ dirakam cctv tengah main judi online dalam dewan sidang wakil rakyat
CATEGORIES