‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam

WhatsApp Image 2022 03 01 at 2.26.46 PM e1646124394464

‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam. Tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pemandu Perodua Myvi membuang sampah melalui tingkap kenderaan telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai

Klip video berdurasi 14 saat itu telah dirakam oleh seorang pengguna, Ali Burn menerusi kamera papan pemuka sebelum dimuat naik di laman Facebook DashCam Owners Malaysia.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan.

Menurut perakam, dia telah membuat aduan kepada Pihak berkuasa tempatan (PBT) secara dalam talian agar pemandu tersebut dikenakan tindakan sewajarnya ekoran sikap tidak bertanggungjawabnya.

“Selesai buat laporan dan aduan, kita tunggu tindakan daripada pihak PBT,” tulisnya di komen.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa kerana masih ramai pengguna yang sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata dan tindakan pemandu tersebut turut dikeji.

 

Aku memang cukup benci dengan golongan yang suka buang sampah ikut tingkap kereta, kalau jumpa dekat jalan memang aku bunyikan hon panjang-panjang, jenis suka buat sampah, lepas itu mengeluh cakap majlis daerah tak buat kerja,” luah Muhamad Nasrul Lok.

“Mohon diambil tindakan yang serius kepada pemandu tersebut atau sesiapa sahaja yang suka campak sampah ikut suka hati, rasanya tong sampah banyak di Malaysia, tapi masih ada jenis mentaliti lapok,” ujar Syed Hanafi.

“Ini mesti jenis rumah pun kotor, tak reti kemas, sebab tu dekat mana-mana pun jadi pengotor, buang sampah suka hati, dasar manusia tiada mata, hati dan perasaan,” kata seorang pengguna lain.

 

Baca lagi:

 Penduduk Ukraine Hasilkan Bom Petrol Untuk Lawan Tentera Russia

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

‘Presiden kami paling berani di dunia, kami akan mempertahankan kedaulatan Ukraine’

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.