Kanak-kanak meninggal dunia tercekik buah anggur selepas 10 hari terima rawatan

Photo of author

By Joe

Kanak-kanak meninggal dunia tercekik buah anggur selepas 10 hari terima rawatan. Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

Katanya terdahulu kanak-kanak itu menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh akibat tercekik ketika memakan anggur di rumahnya di Taman Merbok dekat sini, dan doktor di hospital berkenaan berjaya mengeluarkan buah itu.
Kanak-kanak meninggal dunia tercekik buah anggur selepas 10 hari terima rawatan
Gambar sekadar hiasan

Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Kanak-kanak itu (kemudiannya) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Christopher berkata menurut doktor punca kematian kanak-kanak itu ialah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.

Baca Lagi:
Taktik baru penyamun buat ramai risau, dua motosikal datang tunjuk ke arah tayar kereta seperti ada yang tak kena
Hanya guna pekerja warga asing, taukey jeruk ‘traffic light’ kaut untung RM48k sebulan
Sekarang musim orang batuk, lelaki ini batuk 2 bulan tak henti terkejut rupanya ada lintah bersarang dalam tekak