Kanak-kanak bawah umur 16 tahun dilarang miliki akaun TikTok dan Facebook

Photo of author

By Joe

Kanak-kanak bawah umur 16 tahun dilarang miliki akaun TikTok dan Facebook. Florida bakal menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang melarang kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada menggunakan laman media sosial.

Portal berita MailOnline melaporkan, rang undang-undang (RUU) itu dikemukakan di Dewan Negara pada Rabu lalu selepas mendapat kelulusan majoriti menerusi undian ahli Dewan Negeri.

Jika dikuatkuasakan, syarikat pengendali media sosial seperti Meta dan TikTok perlu memadam akaun pengguna bawah umur di Florida dan menghalang mereka mencipta akaun baharu walaupun dibenarkan ibu bapa.

Kanak-kanak bawah umur 16 tahun dilarang miliki akaun TikTok dan Facebook

Jika platform-platform media sosial melanggar peraturan, mereka perlu membayar ganti rugi sehingga AS$10,000 (RM47,275) kepada pihak yang menuntut.

RUU itu mendakwa platform sosial media berpotensi membahayakan kesihatan mental kanak-kanak, manakala syarikat pengendalinya secara khusus mencipta ciri yang menyebabkan ketagihan.

Julia Friedland, yang merupakan Timbalan Setiausaha Akhbar kepada Gabenor Florida, Ron DeSantis memaklumkan bahawa RUU itu bagaimanapun masih tertakluk kepada proses perundangan.

“DeSantis akan menyemak undang-undang itu sebaik dimuktamadkan dan dihantar ke pejabat kami,” kata Friedland.

Baca Lagi:
Bilik mentua terlalu busuk, suami paksa aku kemas, tak sangka ini yang aku jumpa dalam bilik, patutlah baju anak-anak aku selalu hilang
Terasa merempat di negara sendiri! Pemuda terkejut tengok akaun bank pekerja Bangladesh ada RM300k yang kerja di Malaysia
Doktor dedah cara buat duit tepi yang ramai orang tak tahu, rupanya jual seluar dalam masam yang dipakai sewaktu kerja