Kanak-kanak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibubapa ketika memancing

Kanak-kanak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibubapa ketika memancing

Kanak-kanak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibubapa ketika memancing. Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut diserang dan dibaham buaya ketika sedang bermain di sungai berhampiran rumahnya di Costa Rica.

Lebih menyayat hati, insiden itu berlaku di hadapan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Lapor New York Post, Julio Otero Fernández dibaham reptilia ganas itu sebelum diseret ke dalam Sungai Matina di bandar Limon pada 30 Oktober lalu.

Kanak-kanak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibubapa ketika memancing

Insiden itu berlaku ketika Julio pergi memancing bersama ibu bapa dan empat adik-beradiknya di Limon.

Ketika kejadian, Julio sedang bermain di dalam sungai yang mempunyai kedalaman air paras lutut sebelum dibaham buaya besar itu.

Menurut bapanya, Don Julio Otera, dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Katanya, dia dan isterinya, Margini Fernandez Flores hanya mampu melihat anak kesayangannya diserang reptilia ganas itu dan maut di depan mata mereka.

Hampir sebulan selepas kematian ngeri kanak-kanak itu, seorang pemburu dilaporkan membunuh seekor buaya di kawasan berkenaan.

Setelah perut buaya itu dibelah, penduduk menemukan tulang dan rambut yang dipercayai milik Julio.

Sementara itu, Margini mengesahkan rambut dan tulang ditemukan dalam perut buaya dibunuh itu adalah milik anaknya.

Baca Lagi:
Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang
Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia
Rakyat jelata terkejut bila dapat tahu hobi baru Sultan Johor
CATEGORIES