Kanak-kanak 3 tahun dirogol ramai-ramai dengan saudara, mayat dicampak dalam sungai

Photo of author

By Joe

Kanak-kanak 3 tahun dirogol ramai-ramai dengan saudara, mayat dicampak dalam sungai. Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui terapung di dalam sungai Chambal di Dholpur, Rajasthan, India.

Berdasarkan laporan Deccan Herald, mangsa didakwa telah diperkosa oleh beberapa individu sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai tersebut. Menurut siasatan awal, kejadian tersebut disyaki melibatkan anggota keluarga mangsa, termasuk dua remaja di bawah umur.

Penguasa Polis Dholpur, Sumeet Meharda, menyatakan bahawa mangsa disyaki telah dipukul dengan batu bata oleh kumpulan individu tersebut sehingga menyebabkan kematian. Pemeriksaan bedah siasat juga menunjukkan tanda-tanda serangan seksual terhadap mangsa.

Kanak-kanak 3 tahun dirogol ramai-ramai dengan saudara, mayat dicampak dalam sungai

Sebagai tindak balas, ahli keluarga mangsa berserta dua suspek di bawah umur telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Baca Lagi:
Askar berdepan hukuman penjara 10 tahun, didakwa cabul remaja 19 tahun di kedai jual ayam
Ada sehelai automatik jadi jutawan, bulu burung Huai berharga RM133,989
Lelaki dedah kawan kena sihir semasa bercuti di Indonesia, balik Malaysia terkejut isteri dah kahwin lain