Kanak-kanak 11 tahun hidap HIV maut, diliwat 4 abang kandung

19873d6d bc9c 4b77 9db4 ffda3ba9390c e1655275335108

Kanak-kanak 11 tahun hidap HIV maut, diliwat 4 abang kandung.

Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah meninggal dunia selepas didera dan diliwat oleh 4 beradik lelakinya selama dua tahun.

Menurut Daily Mail, mangsa yang berusia 11 tahun itu koma pada mulanya dan mengalami serangan jantung sebanyak dua kali sebelum meninggal dunia.

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Santa Cruz.

Kesemua tertuduh yang berusia 15, 17, 23 dan 28 tahun itu juga turut menjangkitinya dengan virus HIV.

Presiden Bolivia, Luis Arce mengutuk perbuatan suspek ke atas mangsa dan menganggapnya sebagai ‘jahat’.

“Kami meluahkan rasa sakit yang paling dalam atas pemergian kanak-kanak kecil di Yapacani.

“Kejadian tragis ini tidak boleh terlepas dari hukuman, tidak dapat dibayangkan untuk menerima begitu banyak kejahatan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah.

Situasi memilukan yang dihadapi kanak-kanak itu terbongkar seminggu yang lalu selepas ibunya nekad menuntut keadilan atas penderaan seks yang terjadi ke atas anaknya.

Kanak-kanak 11 tahun hidap HIV maut, diliwat 4 abang kandung

Anak sulung daripada empat beradik durjana itu dilaporkan telah meninggal dunia akibat AIDS pada tahun lalu.

Sekumpulan penduduk yang berang di kampung halaman kanak-kanak itu turut hadir ke mahkamah untuk menyerang salah seorang daripada suspek.

Mereka sanggup melanggar etika keselamatan hanya untuk berbuat demikian demi melepaskan geram.

Salah seorang pelaku itu kemudiannya dihantar ke penjara Palmola, Santa Cruz.

Manakala, bagi pelaku bawah umur, suspek dibacarakan di bawah mahkamah juvana dan akan dimasukkan ke pusat pemulihan Cenvicruz.

Seorang lagi yang masih di bawah umur, dipercayai telah melarikan diri ke Chile.

Kanak-kanak yang ketakutan itu hanya menceritakan kejadian ngeri yang dialaminya ketika pertama kali disahkan menghidap HIV pada tahun lalu.

Sejurus selepas dia memberitahu suspek yang bertanggungjawab, keluarganya terus pergi ke balai polis.

Mangsa menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh adik-beradiknya sendiri yang tinggal di rumah bersebelahan selama lebih dua tahun.

Baca Lagi:

Pulang dari kursus, pegawai polis maut digilis lori

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Benda boleh gaduh buat apa bincang, ini punca sebenar pergaduhan berlaku tengah jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *