‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi macam ni mak cik buat dekat kedai kami cari rezeki’

‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi macam ni mak cik buat dekat kedai kami cari rezeki’

‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi macam ni mak cik buat dekat kedai kami cari rezeki’. Seorang wanita berkongsi kisah sedih selepas wang kedainya dicuri ketika dia sedang berurus niaga bersama seorang pembeli.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi Aairameyy di akaun TikTok miliknya memaparkan kehadiran individu terbabit yang dilihat berpura-pura membeli barangan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, individu tidak bertanggungjawab itu dilihat dengan sengaja mengambil duit yang berada di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg ketika peniaga tersebut leka mencari stok yang diminta.

‘Kami layan mak cik sehabis baik, tapi macam ni mak cik buat dekat kedai kami cari rezeki'

Aaira meluahkan rasa sedihnya kerana wang tersebut merupakan hasil titik peluh mereka mencari rezeki siang dan malam demi kelangsungan hidup.

“Makcik, sedar tak awak dah hancurkan hati kami yang penat kerja pagi ke malam untuk beraya dengan keluarga kami,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk melayan karenah individu terbabit, namun dibalas dengan keburukan.

“Kami dah sehabis baik jalankan tugas layan makcik. Tapi ini lah manusia yang tidak ada otak dan hati perut. Tak fikir penat lelah kami usaha pagi ke malam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mencela perbuatan individu berkenaan yang dianggap menyusahkan orang lain.

“Ingatkan rembat tudung saja. Rupanya dapat ambil duit juga. Ada lalu tadi video sebelum ambil duit. Dia rembat tudung sehelai masukkan dalam beg,” kata Mayasabb.

@airameyy_selalu tengok kat tiktok jee viral ii kena curi macamni, ini kena dekat diri sendiri 😌 orang melaka tolong alert lepasnih tak nak org lain pun trkena♬ bunyi asal – T. NiaL “🤍

Baca Lagi:
Hati-hati kod QR palsu di masjid, lelaki tukar masuk ke akaun peribadi
PM Anwar umum berita baik untuk semua sempena Aidilfitri
Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai
CATEGORIES