“Kambing biri-biri lebih kaya daripada manusia”. Sebuah rumah dua tingkat berkonsep minimalis di Batur, Jawa Tengah, viral di media sosial apabila diubahsuai menjadi kandang mewah untuk menempatkan biri-biri peliharaan seorang lelaki.
Kediaman itu menjadi topik hangat selepas satu video dimuat naik akaun TikTok @afdholabadi dan meraih lebih 1.3 juta tontonan.
Dalam video itu, kelihatan dua lelaki menjaga biri-biri berkenaan yang diletakkan dalam kandang khas di rumah berkonsepkan minimalis dan dicat dengan warna kelabu dan hitam itu.
Menurut pemilik video, Afdhol Abadi, rumah biri-biri yang terletak di Batur, Jawa Tengah itu milik lelaki bernama David.
“Saya menemani kawan saya, Hadi hendak yang ingin membeli kambing biri-biri.
“Dia membawa saya ke tempat David, yang mempunyai rumah kambing biri-biri.
“Pada mulanya, saya fikir ia hanya rumah biasa tetapi apabila masuk ke dalamnya rupa-rupanya kandang biri-biri,” katanya kepada Wolipop.
Katanya, David memang mereka khas rumah itu untuk kandang biri-birinya itu.
“Lokasi rumah dua tingkat yang dijadikan kandang biri-biri itu berada di dataran tinggi.
“David menempatkan biri-biri dalam rumah mewah itu kerana dia suka dan harganya boleh mencecah antara 10 juta rupiah (RM3,013.90) hingga 100 juta rupiah (RM30,139.03,” katanya.
@afdholabadi #domba #dombabatur #dombasultan #dombatiktok #defitfarm @abughonam ♬ We Are The Champions – Galileo & The Cast Of ‘We Will Rock You’
Dipetik dari Distankan Banjarnegara, biri-biri Batur ialah kacukan biri-biri merino dan biri-biri ekor nipis dengan banyak didapati di daerah Batur dan sekitarnya.
Kambing biri-biri ini dibiakkan masyarakat setempat secara turun temurun dan dimiliki masyarakat Banjarnegara, Jawa Tengah.
Kambing biri-biri ini bernilai tinggi dan dijual bermula dari 4 juta rupiah (RM1,205.56) dan ada yang mencecah ratusan juta.