Kalau kamu nak tahu, ini rahsia Raja Permaisuri Agong kekal cantik & awet muda walaupun usia cecah 63 tahun

Photo of author

By Joe

Kalau kamu nak tahu, ini rahsia Raja Permaisuri Agong kekal cantik & awet muda walaupun usia cecah 63 tahun. Mungkin tak ramai tahu yang sebenarnya Raja Permaisuri Agong; Tunku Azizah Aminah Iskandariah tidak gemar menyolek dan mengenakan solekan yang tebal.

Disebabkan oleh itu, kamu dapat melihat kulitnya yang sangat bersih, halus, putih kemerahan dan sihat di usia 63 tahun. Membuatkan Miss Murai tertanya-tanya adalah kalau tak gemar mengenakan solekan, apa yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong untuk mendapatkan kulit yang mulus dan awet muda seperti itu?

Kalau kamu nak tahu, rahsia Raja Permaisuri Agong adalah….

Kalau kamu nak tahu, ini rahsia Raja Permaisuri Agong kekal cantik & awet muda walaupun usia cecah 63 tahun

Siang dan malam, hanya pakai dua produk ini saja

Mengaku dirinya tidak gemar bersolek dan mencuci wajah, Raja Permaisuri Agong sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan kulit wajahnya.

“Sayalah yang paling malas sekali cuci muka ke apa, saya cuma letak sabun-sabun dan pakai krim biasa saja. Saya jarang pakai mekap. Tuanku Agong tak suka saya pakai mekap”

Untuk penjagaan kulit wajahnya, Raja Permaisuri Agong tidak mempunyai rutin atau rawatan wajah yang khusus untuk kecantikannya. Tetapi kongsinya, baginda Permaisuri hanya amalkan penggunaan dua produk daripada NIVEA untuk waktu siang dan malam, setiap hari.

3a.jpg

Pernah berkongsi suatu ketika dulu, baginda Permaisuri menggunakan Nivea Creme dan Nivea Soft untuk menjaga kulit wajahnya. Untuk pengetahuan kamu, kedua-dua krim ini sesuai dipakai oleh setiap jenis kulit. Bukan itu saja, selain wajah kamu juga boleh pakaianya di badan dan juga tangan.

Selamat mencuba!

Baca Lagi:
Satu Malaysia kena game?, pemilik sebenar GR Yaris Kansai ‘total lost’ dedah Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar
Nasi lemak lobster berharga RM9.99 sahaja di jalan Tun Jugah
Boleh tuntut di mahkamah, ini senarai hak perokok tegar yang ramai tak tahu