Kalau hari ini kena covid, tak boleh balik raya…kena kuarantin

6ba287 3855510efaf84ef3be93f812f2713a03 mv2 e1650946702355

Kalau hari ini kena covid, tak boleh balik raya…kena kuarantin.

Satu hantaran oleh seorang pengguna Twitter mengenai semalam hari terakhir untuk dijangkiti Covid-19 jika berhasrat pulang ke kampung pada 1 Syawal tahun ini mencuit hati netizen.

Hantaran oleh pemilik akaun Ustazah Isaac itu telah dikongsi sebanyak 5,169 kali dan menerima lebih 8,700 “like” oleh pengguna media sosial sejak ia di muat naik semalam.

“Hari ini (25 April 2022) adalah hari terakhir untuk kamu kena covid (Covid-19) sekiranya bercita-cita nak balik kampung pulang beraya nanti.

“Kalau esok (hari ini) kena covid, nanti tak boleh balik raya dah sebab kena kuarantin,” kata Ustazah Isaac.

Kalau hari ini kena covid, tak boleh balik raya...kena kuarantin

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengumumkan tempoh pengasingan kes positif Covid-19 bagi semua jenis varian yang membabitkan individu sudah lengkap divaksinasi serta tidak bergejala ialah tujuh hari.

Bagaimanapun, bagi individu positif yang tidak lengkap vaksin atau bergejala tempoh pengasingan adalah selama 10 hari.

Pemilik akaun Twitter Firdaus Raziki meninggalkan komen berharap tidak dijangkiti Covid-19 sebelum Aidilfitri kerana sudah dua tahun tidak dapat menyambutnya bersama keluarga.

“Minta jangan kena. Kita mahukan kehidupan seperti biasa. Tolonglah dua tahun tak dapat beraya bersama apatah lagi dengan penyakit yang belum ada kesudahannya hingga kini,” katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter berkata, dia masih ada harapan pulang ke kampung kerana telah membuat ujian kit saringan pantas (RTK) semalam dan mendapati keputusan adalah negatif.

Bagi Mencia pula, jangkitan tidak dapat diduga kerana ia masih boleh berlaku walaupun individu telah menjaga diri sebaik mungkin untuk mengelak daripada dijangkiti.

“Punyalah jaga diri tak nak kena Covid-19 alih-alih balik kampung berjangkit dengan saudara-mara di kampung.

“Risau nak dapat “result” lambat, risau pada orang tua,” katanya.

Baca Lagi:

KLCC bayar gaji minimum RM2,500 mulai 1 Mei

Potong gaji jika bekerja dari rumah – MEF

Ringgit Malaysia berpotensi jatuh sehingga RM5.00 ke RM5.70 menjelang hujung tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.