Kalah separuh akhir, penyokong Terengganu serang bas Selangor dengan laungan ‘takbir’

Kalah separuh akhir, penyokong Terengganu serang bas Selangor dengan laungan ‘takbir’

Kalah separuh akhir, penyokong Terengganu serang bas Selangor dengan laungan ‘takbir’. Pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn. Bhd. mengecam insiden sekeras-kerasnya kekacauan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak selepas berakhir perlawanan menentang Selangor FC pada separuh akhir kedua Piala Malaysia malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Rasid Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan segelintir penyokong membaling batu ke arah bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah tidak mewakili keseluruhan pasukan itu.

Beliau juga memohon maaf atas insiden memalukan itu sambil berharap kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong Terengganu yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan ini.

“Pihak kelab juga memohon maaf kepada pihak pengurusan Selangor FC dan pemain atas insiden yang telah berlaku dan diharapkan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Sesungguhnya segelintir yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili serta menggambarkan imej serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini,” katanya.

Kalah separuh akhir, penyokong Terengganu serang bas Selangor dengan laungan 'takbir'

Sementara itu Pengurus TFC, Mohd. Fadhil Wahab dalam satu hantaran di media sosial menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertamadun.

“Seharusnya tidak wajar berlaku yang dilakukan segelintir penyokong yang tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, kerana nila setitik rosak susu sebelanga kerana sebelum ini penyokong setia TFC terkenal dengan semangat dan disiplin yang tinggi baik beraksi di tempat sendiri dan luar.

“Justeru pihak kami menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih lanjut ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, ketika bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC dalam perjalanan pulang ke hotel, sekumpulan penyokong yang menunggu di tepi jalan bertindak agresif membaling objek keras sehingga cermin bas pecah.

Tindakan tersebut didorong rasa kecewa selepas skuad Penyu gagal mara ke pentas final Piala Malaysia biarpun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Selangor malam tadi. Mereka tersingkir secara agregat 2-3.

Baca Lagi:
Satu lagi SD ahli parlimen sokong Muhyiddin
Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini
“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media
CATEGORIES