Kakitangan Zoo terkejut gorila ‘jantan’ lahirkan anak, rupanya… Kakitangan di zoo Ohio terkejut apabila seekor gorila yang mereka sangkakan sebagai jantan selama lebih empat tahun akhirnya melahirkan anak.
Zoo Columbus berkata, Sully menetap di zoo berkenaan sejak 2019
Namun ramai merasa tidak percaya apabila menemui gorila berusia lapan tahun itu sedang menyusukan anaknya minggu lalu.
Pihak zoo berkata, Sully sentiasa sihat hinggakan keadaan kesihatannya jarang diperiksa, menyebabkan mereka tidak menyedari melakukan kesilapan tentang jantina gorila itu.
Pada kebiasaannya, gorila tidak mempunyai organ seks yang menonjol.
Penjaganya berkata, Sully dan anaknya berada dalam keadaan sihat namun jantinanya masih belum diketahui.
“Kelahiran itu tidak dijangka, namun amat menarik untuk pasukan penjagaan dan sangat penting bagi usaha pemuliharaan spesies yang semakin terancam ini,” katanya.Selama lapan tahun lalu, Sully diketahui sudah cukup umur untuk membiak tetapi masih terlalu muda untuk menunjukkan tanda-tanda jantina yang jelas.
“Sehingga kira-kira lapan tahun, gorila jantan dan betina mempunyai saiz yan sama, dan tidak mempunyai organ seks yang menonjol,” katanya.
Gorila lazimnya tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan sama ada disebabkan perutnya besar dan gorila anaknya jauh lebih kecil daripada bayi manusia.
“Kami sangat teruja dengan penambahan satu lagi kelahiran untuk spesies ini.
“Anak Sully merupakan gorila ke-34 yang dilahirkan di sini sejak 1956 ketika Zoo Columbus menjadi zoo pertama di dunia yang mengalu-alukan kelahiran anak gorila. Kelahiran ini juga paling unik sepanjang usaha kami memulihara haiwan yang hebat ini,” kata zoo itu dalam satu kenyataan.
Pihak zoo memaklumkan akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan bapa kepada anak Sully.
Sully selama ini ditempatkan bersama tiga gorila jantan iaitu Silverback Mac, yang berusia 39 tahun, selain dua lagi Kamoli, 10, dan JJ, enam tahun.