Kakak tembak adik gara-gara kantoi ada hubungan dengan suami

Photo of author

By Joe

Kakak tembak adik gara-gara kantoi ada hubungan dengan suami. Seorang kakak bertindak menembak adiknya selepas mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 9 Ogos lalu di kawasan perumahan Shastri Park, New Delhi, India.

Menurut kenyataan polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada petang hari kejadian, selepas menerima panggilan daripada hospital berhubung kemasukan seorang wanita yang cedera kerana terkena tembakan.
Kakak tembak adik gara-gara kantoi ada hubungan dengan suami
Gambar sekadar hiasan

Hasil siasatan yang dijalankan, mangsa yang dikenali sebagai Sumaila Begum, 20, pada mulanya bertengkar dengan kakaknya, Sonu, 30, ekoran isu berkenaan.

Sonu mendakwa adik dan suaminya sudah lebih setahun menjalinkan hubungan sulit dan pernah meminta mereka memutuskan hubungan, namun tidak diendahkan.

“Marah dengan adiknya, Sonu mengeluarkan pistol dan menembak Sumaila. Peluru itu mengenai dinding tetapi kemudian memantul dan mengenai pipi Sumaila sehingga berlaku pendarahan yang banyak,” demikian kenyataan pegawai polis.

Sumaila kemudian dikejarkan ke hospital Jag Pravesh Chandra oleh seorang lagi kakaknya yang tinggal berdekatan.

Sonu ditangkap pada keesokan harinya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan India berkaitan Akta Senjata kerana percubaan membunuh.

Baca Lagi:
Wanita ini mampu tengok barang hilang melalui WhatsApp, gelang emas hilang tahun lepas dijumpai
Kerja offshore tapi ayah cerai ibu sebab nak kahwin dengan janda, lepas jatuh bankrap ayah guna nama anak buat loan sampai kena blacklist
“Saya pun teringin nak beli sesuatu”, isteri tak reda suami ambil duit niaga untuk bagi mak dekat kampung