Kakak dedah cikgu buli adik OKU sampai ugut nak buka kain. Seorang individu mendakwa adiknya yang merupakan pelajar kelainan upaya (OKU) sering dibuli oleh guru sehingga menyebabkan pelajar perempuan itu trauma.
Tak mahu ke sekolah
Menerusi ciapan di akaun Twitter @pedoqpop, kakak kepada pelajar berusia 14 tahun itu mendakwa guru tersebut tidak mengendahkan keadaan kesihatan yang dialami oleh adiknya dengan memaksa bersukan.
Adik aku buat pembedahan mata sebab dia rabun dan juling, jadi kesannya dia tak boleh berjemur, tak boleh kena panas, debu dan sebagainya.
Tetapi ada seorang cikgu perempuan paksa adik aku bersukan walaupun dah diberikan surat daripada doktor. Setiap kali itulah cikgu hubungi kami minta datang ambil adik aku sebab matanya berdarah.
Dalam pada itu, wanita tersebut mendakwa adiknya sering dimarahi guru berkenaan sehingga dia tidak mahu lagi ke sekolah.
Nak solat apanya tak ada bimbingan. Masa adik aku datang haid dia sebarkan satu sekolah yang adik aku menipu sebab malas solat.
Dia ‘palau’ adik aku dalam kelas, kena tengking, jerkah dan itu semua adik aku boleh atasi lagi tapi yang ini teruk, dia ugut nak buka kain adik aku.
Bermacam-macam hinaan dia buat dekat adik aku tapi adik aku telan sahaja. Sekarang adik aku dah trauma, dah berbulan tak pergi sekolah berpunca daripada cikgu itu.
Dia punya perubahan ketara sampaikan banyak kali dia menung seorang. Bila pergi dekat dia rupanya tengah menangis tak ada suara.
Susulan itu, bapanya bertindak untuk berbincang dengan pihak sekolah berhubung kes tersebut, bagaimanapun masih tiada tindakan diambil.
Pengetua tak nak aturkan mesyuarat antara kami dengan cikgu tu. Pihak sekolah sehabis baik nak lindungi cikgu tu dan nak tuduh adik aku mereka cerita.
Dah naik jumpa Pejabat Pendidikan Daerah tapi sampai sekarang masih sama juga.
KPM jalankan siasatan
Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Pendidikan iaitu Fadlina Sidek berkata pihaknya sudah mengenal pasti sekolah dan guru yang terlibat dengan kes berkenaan serta sedang menjalankan siasatan lanjut.
Kes itu dalam siasatan dan insyallah kita akan tangani ikut proses kerja KPM.
Kita akan pastikan proses siasatan berlangsung dengan baik dan lancar. Dalam siasatan jadi bila begitu maknanya banyak pihak telah dilibatkan untuk melihat isu itu.
dah sampai ppd pun tak jalan jugak, guna kuasa vairel je la ending dia pic.twitter.com/yF4aw0ZnD3
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) August 20, 2023