Kajian senaraikan 4 lokasi paling berisiko berlaku tanah jerlus di Kuala Lumpur

Photo of author

By Joe

Kajian senaraikan 4 lokasi paling berisiko berlaku tanah jerlus di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, kejadian tanah jerlus atau sinkhole di Masjid India, Kuala Lumpur telah menimbulkan kegusaran orang ramai mengenai faktor geografi di kawasan ibu kota tersebut.

Lebih-lebih lagi, kejadian serupa pernah berlaku di beberapa kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut satu perkongsian daripada Public Health Malaysia, kajian menunjukkan terdapat beberapa kawasan berisiko tinggi untuk berlakunya tanah jerlus di sekitar Kuala Lumpur.

Kajian senaraikan 4 lokasi paling berisiko berlaku tanah jerlus di Kuala Lumpur

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita lihat lokasi-lokasi yang berisiko tinggi terjadinya tanah jerlus di ibu kota ini di bawah.

Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017) bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.

Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang dapat membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.

Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan faktor-faktor lain yang penting dalam perkembangan sinkhole.

Lokasi Kejadian Sinkhole Sebelum Ini:

1. Ampang
2. Pudu
3. Kepong
4. Kg. Baru

Lokasi dengan Risiko Rendah (Low Risk):

1. TTDI
2. Bukit Jalil
3. Sg. Besi

Lokasi dengan Risiko Tinggi (High Risk):

1. Pudu
2. Cheras
3. KLCC

Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi (Very High Risk):

1. Kepong
2. Kg. Baru
3. Ampang
4. Pandan Jaya

Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.

Baca Lagi:
Tular wanita datang ketuk pintu rumah ke rumah dan minta RM100 atau RM150
Wakil rakyat tidur, kanak-kanak tampal sendiri jalan berlubang raih perhatian ramai
Ramai yang tak tahu, ini kisah Mansa Musa, tokoh Islam yang lebih kaya daripada Elon Musk dan Bill Gates