Kajian dedah wanita Thailand no.1 di dunia paling tidak setia, wanita Malaysia pun tersenarai sekali? Satu kaji selidik mendapati Thailand adalah negara dengan bilangan pasangan curang terbanyak di dunia, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kaji selidik yang dilakukan oleh laman Bedbible Research Centre itu menunjukkan bahawa 51 peratus responden di Thailand mengaku tidak setia kepada pasangan masing-masing.
Fenomena ini sebahagian besarnya disebabkan oleh budaya setempat seperti poligami serta kepesatan industri seks.
Denmark berada di tempat kedua dengan 46 peratus responden mengaku curang kepada pasangan, diikuti oleh Jerman (45 peratus), Itali (45 peratus), dan Perancis (43 peratus).
Dari segi faktor yang menyebabkan kecurangan, alasan yang paling kerap diberikan adalah perasaan marah, kurang keyakinan diri, kekurangan kasih sayang, dan keinginan untuk mempunyai pelbagai pilihan.
Walau bagaimanapun, mereka yang curang mengaku masih menghargai monogami, dengan motivasi berbeza mengikut jantina. Kaum lelaki sering curang apabila merasa tidak disayangi, manakala wanita lebih cenderung untuk curang apabila merasa mereka tidak lagi menarik.
Kaji selidik yang sama juga mendapati 21 peratus lelaki curang kepada pasangan mereka, berbanding hanya tujuh peratus wanita. Lebih mengejutkan, kumpulan umur yang paling banyak terlibat dalam kecurangan adalah mereka yang berusia 58 tahun, dengan kadar sebanyak 20 peratus.
Berikut merupakan 10 negara paling banyak pasangan curang berdasarkan kaji selidik tersebut:
- Thailand (51 peratus)
- Denmark (46 peratus)
- Jerman (45 peratus)
- Itali (45 peratus)
- Perancis (43 peratus)
- Norway (41 peratus)
- Belgium (40 peratus)
- Sepanyol (39 peratus)
- Finland (36 peratus)
- United Kingdom (36 peratus)