Kajian dedah Petaling Jaya, Manjung dan Kluang bandar paling bahagia di Malaysia, betul ke?

Kajian dedah Petaling Jaya, Manjung dan Kluang bandar paling bahagia di Malaysia, betul ke?

Kajian dedah Petaling Jaya, Manjung dan Kluang bandar paling bahagia di Malaysia, betul ke? Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Kajian dedah Petaling Jaya, Manjung dan Kluang bandar paling bahagia di Malaysia, betul ke?

Antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perlhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memberitahu, Datuk M Noor Azman Taib, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Daripada kajian itu, kita dapati 79 peratus tau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus sementara 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023 di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, kata M Noor Azman, pengukuran indeks Kkebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.

Menurutnya, MURNInets merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.

Baca Lagi:
Program ‘Jom Ziarah Gereja’, Hannah Yoeh akan di panggil polis
Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula
“Kita tengok siapa yang menang”, Tergelak besar dengar ulasan abang lori rakam dua kereta berebut nak masuk laluan tol yang sama
CATEGORIES