Kajian antarabangsa dedah Malaysia negara ke-4 gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia

Kajian antarabangsa dedah Malaysia negara ke-4 gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia

Kajian antarabangsa dedah Malaysia negara ke-4 gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia. Siapa pernah kerja cuci pinggan dekat kedai makan? Siapa yang pernah mesti tahu betapa mencabarnya kerja cuci pinggan ni, lagi-lagi bila kedai kena serbu pelanggan, kah! Kita perlu pastikan kebersihan pada barang yang dibasuh dengan teliti. Tak mahulah nanti pelanggan tengok ada kesan kotor, terutamanya pada alatan sudu dan garpu.

Tertarik dengan laporan kajian antarabangsa yang meletakkan Malaysia sebagai negara ke-4 dengan gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia iaitu, RM34,750 setahun.

Dalam laporan itu, mereka mendakwa sebuah restoran China yang beroperasi di Malaysia memberikan gaji sebanyak RM3,000 sebulan.

Kajian antarabangsa dedah Malaysia negara ke-4 gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia

Tempat pertama pula menjadi milik negara Kanada dengan tawaran gaji sebanyak RM109 sejam. Ini bermakna, mereka boleh memperoleh sebanyak RM218,000 setahun.

Negara jiran kita, Singapura pula berada di tempat kedua dengan gaji sekitar SG$3,500 atau RM11,000 sebulan. Jumlah ini ditawarkan berikutan tiada orang yang berminat untuk melakukan kerja tersebut.

Tempat ketiga milik Amerika Syarikat dengan purata gaji pencuci pinggan sebanyak USD$25,409 atau RM107,000 setahun.

Baca Lagi:
Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia
Ira Kazar kantoi lagi, kali ini netizen selidik Ira Kazar pakai stokin bola masa nikah dengan Syamsul Yusof
Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *