Kahwin tanpa restu keluarga, gadis mati ditembak bapa

Kahwin tanpa restu keluarga, gadis mati ditembak bapa

Kahwin tanpa restu keluarga, gadis mati ditembak bapa. Mayat seorang gadis di India yang dipenuhi dengan kesan peluru ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dibuang berhampiran sebatang jalan di bandar Mathura, Jumaat lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Aayushi Chaudhary, 22, didakwa dibunuh oleh bapanya bagi menebus ‘kehormatan’ selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki dari kasta berbeza.

Mayatnya dibalut dengan plastik dan disumbat dalam beg pakaian berwarna merah. Bedah siasat menunjukkan muka serta badan mendiang mengalami kecederaan selain telah ditembak sebanyak dua kali di dada.

Kahwin tanpa restu keluarga, gadis mati ditembak bapa

Ia mengambil masa selama dua hari untuk polis mendapat maklumat tentang identiti mangsa, manakala keluarganya disyaki membunuh wanita tersebut kerana kehilangannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata portal berita OpIndia.

Polis kemudian mendapati terdapat percanggahan keterangan oleh bapanya, Nitesh Yadav dan ibunya, Brajbala, menyebabkan mereka terpaksa membuat pengakuan melakukan pembunuhan tersebut.

Ibu dan bapa mendiang dilaporkan memberitahu polis bahawa Ayushi meninggalkan rumah tanpa kebenaran mereka untuk berkahwin secara rahsia dengan seorang lelaki yang berlainan kasta atau kelas sosial.

Semasa pergaduhan, si bapa menembak mati mangsa di hadapan ibu dan abangnya, kata polis kepada OpIndia.

Ibu mangsa kemudian membantu membungkus mayatnya yang dibuang di tepi lebuh raya pada awal pagi.

Baca Lagi:
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10
Digelar ‘Mufti Pengkianat’, Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang
CATEGORIES