Jutawan paling jimat di dunia, cari makanan di tempat pembuangan sampah

Photo of author

By Joe

Jutawan paling jimat di dunia, cari makanan di tempat pembuangan sampah. Seorang lelaki Jerman yang berusia 80 tahun digelar sebagai jutawan paling jimat di dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Ini kerana dia hidup dengan makanan dan barangan yang ditemui di tempat pembuangan sampah walaupun memiliki beberapa hartanah bernilai jutaan euro.

Heinz B, mungkin hanya mempunyai €15 euro (RM77.67) dalam akaun banknya pada masa ini.

Jutawan paling jimat di dunia, cari makanan di tempat pembuangan sampah

Namun, baki sedikit itu adalah kerana dia baharu sahaja mengeluarkan €700,000 (RM3.6 juta) untuk membeli rumah baharunya yang kesepuluh.
Baki €100,000 lagi (RM517,803) telah dipindahkan ke deposit jangka tetap untuk menjana faedah.

Heinz B mungkin tidak kelihatan seperti orang kaya tetapi warga emas itu tahu bagaimana untuk meningkatkan kekayaannya dan telah berjimat sepanjang hidupnya.

Ia menyebabkan dia tidak terlalu memerlukan wang untuk hidup.

Katanya, dia berasa lebih gembira hidup dengan mencari makanan di tempat pembuangan sampah.

Baca Lagi:
Bukti buaya betina boleh bertelur tanpa mengawan
Penumpang panik ‘power bank’ meletup dalam kapal terbang
Joey kongsi cara nak kenal pasti seluar jeans mahal & berkualiti, tengok kain dalam poket je sebenarnya