Juruterbang Ukraine sempat kongsi wajah berlumuran darah setelah berjaya letupkan dron berani mati Russia

Juruterbang Ukraine sempat kongsi wajah berlumuran darah setelah berjaya letupkan dron berani mati Russia

Juruterbang Ukraine sempat kongsi wajah berlumuran darah setelah berjaya letupkan dron berani mati Russia. Seorang juruterbang Ukraine berkongsi imej wajah berlumuran darah yang dirakam selepas dia menembak jatuh sekumpulan dron Russia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mejar Vadym Voroshylov bertempur dengan lima dron berani mati buatan Iran dan dua peluru berpandu sebelum satu letupan menyebabkan dia cedera di kepala.

Letupan itu menyebabkan kerosakan pada pesawat pejuangnya jenis MiG, menyebabkan Voroshylov yang cedera terpaksa melepaskan diri dengan mengaktifkan kerusi anjal.

Juruterbang Ukraine sempat kongsi wajah berlumuran darah setelah berjaya letupkan dron berani mati Russia

Dia sebelum itu berjaya merakam darah yang berlumuran di seluruh mukanya sebelum menyelamatkan diri.

Selepas jetnya menjunam ke Bumi, juruterbang itu menyiarkan mesej di Instagram, dengan berkata: “Saya akan katakan secara ringkas. Tiada siapa dan tiada apa yang boleh patahkan semangat kami!”

Pertempuran yang berlaku pada Oktober lalu itu menyaksikan Voroshylov memperoleh penghormatan sebagai wira Ukraine dengan anugerah Order of The Gold Star oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy sebulan kemudian.

The Gold Star adalah penghormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh askar Ukraine.

Menurut majalah Forbes, Voroshylov kini kembali menjadi juruterbang setelah lukanya pulih dan sekali lagi mempertahankan tanah airnya selepas mengalami luka ngeri di pipinya.

Baca Lagi:
Rosmah jumpa TPM, mengadu tidak puas hati
Lelaki mengabdikan dirinya menggali ruangan bawah tanah sehingga ke akhir hayat, hasilnya cukup menakjubkan
Pemimpin Bersatu Sabah keluar parti, sokong kerajaan perpaduan Anwar
CATEGORIES