Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat – Pakar Penerbangan

Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat – Pakar Penerbangan

Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat – Pakar Penerbangan.

Seorang pakar penerbangan menyatakan bahawa juruterbang China Eastern Airlines berkemungkinan pengsan ketika pesawat tersebut menjunam sebelum sedar semula dan cuba menghalang nahas daripada berlaku namun, sudah terlambat, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pakar aviasi berkenaan, Sally Gethin berkata, sembilan kru dan 123 penumpang berkemungkinan menghadapi detik dua minit yang mengerikan ketika tekanan ‘g-force’ membuatkan darah naik ke bahagian kepala sekali gus menyebabkan mereka tidak sedarkan diri.

“Graf pergerakan menunjukkan ketinggian pesawat itu stabil seketika selepas ia menjunam.

“Ini menunjukkan bahawa mungkin seorang atau lebih juruterbang sedar semula selama 10 ke 20 saat dan cuba menyelamatkan pesawat sebelum ia terhempas,” kata Gethin.

Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat - Pakar Penerbangan

Satu klip video yang tersebar menunjukkan pesawat Boeing 737 itu menjunam ketika saat-saat akhir dengan data awal penerbangan mencadangkan bahawa junam terakhir itu berlaku pada ketinggian sekitar 2,438 meter.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca nahas tersebut, Gethin berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang spekulasi.

Bagaimanapun menurutnya, keadaan pesawat yang menjunam dengan pantas dari ketinggian 8,839 meter itu berkemungkinan berpunca daripada kerosakan yang berlaku pada ekor pesawat.

“Sekiranya bahagian ekor pesawat rosak sebelum menjunam jatuh, ia mungkin kehilangan semua aerodinamik. Ini bermaksud ia tidak boleh beroperasi dengan baik tanpa kemudi pada bahagian ekor,” jelasnya.

Kelajuan pesawat ketika menjunam seperti yang ditunjukkan oleh data daripada laman web Flight Radar 24 mencadangkan bahawa terdapat ‘sesuatu’ berlaku secara tiba-tiba pada ketinggian 8,839 meter itu.

“Nampaknya, kru pesawat bergelut dengan isu yang bukan biasa dihadapi,” ujar Gethin.

Sementara itu, Gethin berkata, pesawat Boeing 737-800 mempunyai rekod keselamatan yang baik dengan beribu-ribu pesawat itu beroperasi di seluruh dunia.

“Tindakan China Eastern Airlines menghentikan operasi semua pesawat 737-800 miliknya menunjukkan ia bimbang akan faktor keselamatan,” tambah Gethin.

Penerbangan China Eastern MU5735 itu dilaporkan berlepas dari bandar Kunming pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) kelmarin dan dijadualkan tiba di Guangzhou pada pukul 3.05 petang.

Ketika memulakan penerbangan turun, pesawat malang itu kehilangan altitud dengan pantas secara tiba-tiba lalu menjunam dari ketinggian beribu-ribu meter dalam masa hanya beberapa minit.

Ia kemudian dilaporkan kembali stabil selama beberapa saat pada ketinggian kira-kira 2,743 meter sebelum terhempas pada kelajuan 563 kilometer sejam di sebuah kawasan berbukit tidak jauh dari bandar Wuzhou.

Lebih 600 anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat kesemua 132 penumpang termasuk kru, namun memberitahu bahawa tiada tanda-tanda yang menunjukkan terdapat mangsa terselamat.

Dalam pada itu, China Eastern kelmarin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kru dan penumpang yang terkorban.

“Syarikat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan kru yang terkorban dalam nahas ini,” kata China Eastern dalam satu kenyataan tanpa memberitahu angka kematian sebenar.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa Presiden Xi Jinping turut melahirkan rasa terkejut dengan nahas tersebut dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan.

“Kami amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai nahas pesawat China Eastern MU5735,” kata Jinping, menurut stesen penyiaran tempatan, CCTV. \

Baca Lagi:

Tular Video pemandu Mercedes tunjuk isyarat lucah setelah ‘Koyak’ ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

CATEGORIES